Wednesday, April 21, 2010

Bestnye Duduk Atas Helikopter


Baru-baru nie pasukan polis hutan ada membuat latihan rutin di kawasan sekitar perkampungan orang asli. Kebetulan ada pula latihan menyelamat dijalankan. Jadi helikopter digunakan untuk latihan tersebut. Buat pertama kalinya helikopter telah mendarat di padang sekolah. Warga sekolah dan penduduk kampung tidak melepas peluang untuk melihat helikopter tersebut dengan lebih dekat lagi. Murid-murid prasekolah pun tidak melepaskan peluang untuk duduk di atas helikopter tersebut.Mereka sungguh gembira dan seronok duduk atas helikopter tersebut.

No comments:

Post a Comment

sila beri komen anda

Anak Muridku