Sunday, January 13, 2013

PPM MENYAPU BEDAK DAN MEMOTONG KUKU

Wednesday, January 9, 2013

MURID PRASEKOLAH 2013

Sunday, November 11, 2012

HARI GRADUASI 2012

Thursday, August 9, 2012

Mari Bercerita

Monday, August 6, 2012

Persembahan Panggung Boneka

Thursday, August 2, 2012

Panggung Boneka
Senamrobik 1Murid 1Sukan
Pada 10 Julai yang lalu, Senamrobik 1Murid 1Sukan telah diadakan serentak di seluruh negara. Pihak sekolah turut menganjurkan aktiviti ini dan mendapat sambutan yang memberangsangkan. Murid-murid prasekolah tidak ketinggalan untuk menyertainya.

Wednesday, August 1, 2012

Sukan Tahunan 2012
Sukan Tahunan yang ke 15 telah diadakan pada 5 Julai 2012. Pelbagai acara telah dipertandinkan. Tidak ketingglan juga murid-murid prasekolah turut mengambil bahagian bagi menambahkan lagi kemeriahannya.

Wednesday, January 25, 2012

Friday, June 17, 2011

Apakah Nasib Mereka Nanti


Walaupun mereka kanak-kanak orang asli tetapi mereka juga seperti manusia lain. apalah nasib mereka pada masa akan datang. adakah akan terus kekal dan hidup dalam kepopong kemiskinan dan kenaifan mereka. menjadi tanggungjawab warga sekolah untuk mendiik dan membimbing mereka.

Murid- Murid Prasekolah 2011


Inilah barisan murid-murid prasekolah pada tahun 2011. Diharapkan mereka akan menjadi seorang yang berguna kepada bangsa agama dan negara pada suatu hari ini.

Pemeriksaan Kesihatan 2011


Pemeriksaan Kesihatan ini sangat penting kerana ia secara tidak langsung dapat memantau tahap kesihatan murid-murid prasekolah dari semasa ke semasa. Diharapkan dengan adanya pemeriksaan ini, tahap kesihatan murid-murid prasekolah akan berada pada tahap yang baik.

Wednesday, May 19, 2010

Kad Hari Guru


Sempena sambutan Hari Guru baru-baru ini, murid-murid prasekolah juga tidak ketingalan untuk mengambil bahagian bagi memeriahkan lagi sambutan hari guru. Murid murid prasekolah telah membuat kad ucapan besar khas untuk guru besar. Inilah sedikit tanda penghargaan dan ucapan terima kasih dari kelas prasekolah untuk pihak sekolah.

Wednesday, May 12, 2010

Selamat Hari Guru


Guru Malaysia

Kami Guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu..membina..
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan...

Monday, May 10, 2010

Selamat Hari Guru


Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Selamat Hari Ibu


Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”.

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada.

Anak Muridku